Memandu Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita boleh tengok bermacam-macam kesalahan lalulintas ketika memandu. Percaya la, dulu balik kampung (dari Penang ke Perlis) lebih 20 jenis kesalahan lalu lintas aku berjaya rekod. Contohnya di Seberang Perai, lori lebih muatan dan lepas banyak asap hitam. Kalau di Kubang Pasu-Jitra, bawak motor lawan arus, dengan tak pakai helmet. Aku pernah naik bas hanya 3 jam 30 minit dari Pulau Pinang ke Puduraya, mak aku pun macam tu jugak. Bayangkan macam mana punya pecut.

Malam ni aku berkesempatan merakamkan beberapa pekara yang aku paling sakit hati dan paling aku geram ketika memandu. Di simpang 3, aku nak belok kanan, kereta dari arah kanan tak bagi “signal” nak masuk simpang, kita punya la tunggu macam pokok nyok, susah sangat ke nak bagi signal? Atau beli kereta mahal-mahal tak beli sekali dengan lampu signal?

Cuba tengok kat bawah ni

Memang la nampak dia nak masuk tepi, tapi kita sure ka?

sah masuk memang jadi amalan pemandu ni kot, berat nak bagi signal

Kereta belakang kereta tadi pun sama saja perangai. Memang tabiat orang kita tak suka bagi signal?

Itu yang sempat aku ambik gambaq, satu hari surelah mesti jumpa paling kurang pun 5 buah kereta tak bagi signal waktu nak masuk simpang. Sangat menyusahkan orang, yang kedua aku geram, bawak motor waktu malam tak bukak lampu. Perangai macam ni banyak aku tengok di kampung-kampung, pak cik yang baru balik masjid bawak motor atas jalan tak pakai helmet lepas tu tak bukak lampu motor jalan dah la gelap, tak sayang nyawa? Kat bawah ni boleh tengok satu contoh di Sungai Nibong,

Kalau bawak motor waktu malam jangan bukak lampu tau! Jimat lektrik, agak-agak la… bahayakan nyawa sendiri

Pemanduan berhemah di Malaysia yang kita katakan ramah mesra, sopan santun amat teruk sekali. Kita ada jalan raya yang elok dan baik tapi bawak kenderaan cukup merisaukan hati pemandu berhemah yang lain. Tolonglah wahai rakyat Malaysia, jadilah pemandu yang berhemah tinggi, jangan nak tunggu abang polis bagi sama atau nyawa sendiri melayang.

Lampu trafik bernombor. Kalau ada nombor senang, senang untuk apa? Ada masa lagi untuk pecut atau sedia untuk berhenti? Fikir-fikirkan lah. Jangan bila kena saman dengan polis baru nak cakap banyak.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Setem Percuma

Assalamualaikum dari penulis,

Pada tengah malam yang dingin ni aku nak berkongsi sesuatu, tapi aku nak pesan dulu sebelum aku nak mula cerita. Bak kata pepatah Melayu ” Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan Sempadan”.  Petang tadi aku belek-belek surat yang aku terima dulu. Aku ternampak la setem Bunga Kertas yang cantik nih, setem 60sen.

Cantik tak setem ni?

Kalau dibaca pada tajuk, aku bukan nak cerita pasai setem ni cantik la… hobi kumpul setem la… tapi macam mana nak dapatkan “setem percuma”? Aku ingat lagi waktu aku dalam umur 8 tahun, teknik setem percuma ni ada orang yang ajar kat aku. Mudah saja nak dapat benda free nih, kena ada otak kuning sikit. Modal tak banyak, guna minyak rambut “code 10” atau minyak zaitun pun dah on projek nih. Step dia, sapukan minyak pada setem sampai dakwat garisan yang macam ombak tu hilang… Dah tak payah nak keluar modal 60sen.

Setem yang kita terima, tengok dakwat berombak tu ada lagi

tada… dah hilang, sapu dengan minyak ja dah boleh guna balik…

Dengan nih kita boleh hantar surat dengan percuma tak payah nak bayar duit setem. TETAPI… Allah s.w.t perhatikan apa yang kita buat. 60sen kalau kat dunia ni kecik ja, sanggup nak bayar 60sen yang akhirat punya? Ni satu bentuk penipuan dan satu bentuk kezaliman “meletakkan setem yang telah digunakan pada bukan tempatnya”. Ingat postmen tu buat kerja free? Ingat semua kos penghantaran semuanya free? Fikir-fikirkanlah atas semua tindakan kita. Jangan marah ya, dan aku nak kongsi mengenai setem di UK.

Gambar Queen ja yang ada, corak lain aku tak pernah tengok

Aku test minyak kat setem UK, apa hasilnya? Dakwat cop tu tak keluar la pulak! Tak sama dengan setem Malaysia, aduh baru niat nak buat (acah je). Aku rasa Pos Malaysia kena ambil tahu mengenai benda ni, kalau tak rugi la. Katakan 1 orang buat setem 60sen, dan aku agak-agak, paling kurang pun ada 6000 orang  yang buat “setem subsidi”. 6000 orang x 0.60sen = RM3600 (kerugian yang di alami). Itu anggaran saja, aku tak tahu la berapa ramai yang buat.

Setem yang terbesaq aku pernah tengok. 9 Kali ganda saiz setem uk yang kecik tu…

Kalau nak koyak setem tu tak boleh tu… macam roadtax kereta, kalau koyak hancur, sama hancur dengan hati penerima “setem subsidi/setem percuma”. Kepada yang dah buat tu sudah la, insaflah 60sen ja, yang cuba nak buat lepas baca artikel ni, aku ingatkan dari awal lagi, jangan cuba mencari jalan mudah yang tak diredhai Allah. Ok jumpa lagi nanti aku cerita benda lain pulak.

Yang Benar

Muhammad Saffuan

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Keunikan Negara Turki

Selat Bosphorus Kali ni pulak aku nak cerita mengenai keunikan negara Turki. Yang pertama sekali negara ni ada dua bahagian satu bahagian Asia dan satu lagi bahagian Eropah. Bayangkan aku buat lawatan dua benua, aku turun di Airport Sabiha Gokcen di benua Asia lepas tu dengan gaya tenangnya aku naik feri pulak ke benua Eropah.

Selain itu banyak keunikan negara Turki ni. Antaranya terdapat banyak destinasi pelancongan yang mendapat status “World Heritgae Sites” ala George Town di Pulau Pinang pun ada jugak la. Diantara bandar yang aku lawati semasa di Turki ialah, Istanbul (wajib), Nevsehir, Konya, Denizli, AydIn dan Selcuk. Setiap bandar yang aku lawati ada keunikannya tersendiri, meh nak cerita.

Aku mulakan dengan Nevsehir, di Nevsehir ni keunikannya ialah bentuk muka buminya yang terletak di suatu tempat, namanya Cappadocia.

Keunikan Cappadocia
Replika bentuk muka bumi Cappadocia

Yang ni replika ja. Apa yang uniknya, boleh tak banyangkan batu-batu dipahat untuk dijadikan tempat persembunyian yang lengkap dengan rumah dan gereja, memang lengkaplah macam sebuah bandar “The lost world of Tambun” tapi yang ni bukan Tambun.

Cappadocian House
Cappadocia

Ni dia rumah yang aku maksudkan. Unikkan?

Setakat tu ja. Lepas tu aku bergerak ke Konya satu lagi bandar yang unik. Nak tahu apa yang uniknya? Di sinilah lahirnya tarian yang pusing2 tu atau nama lainnya tarian Sufi. Di Konya aku menginap di Madrasah, sama jugak di Istanbul.

Tarian pusing2. Tarian Sufi

Selain tu aku melawat ke Makam pengasas ajaran sufi ni, Sheikh Jalalluddin ar-Rumi.

Mevlana Muzesi
Muzium Mualana menempatkan makam pengasasnya

Di Konya aku banyak belajar mengenai Risalah an-Nur (apa tu?) dan juga Sejarah Turki Utmaniyyah serta bagaimana keadaan Islam di Turki sekarang. Memang pengalaman yang best sangat, tak boleh dapat kalau pegi dengan tour agensi nih.

Lepas Konya aku ke Denizli, naik bas berjam-jam barulah nak sampai (10 jam dalam bas), lepas tu lalu pulak kawasan pergunungan, memang tak senang aku nak tidor. Sampai kat sana ada kawan aku, orang Turki datang sambut, sampai ja madrasah terus aku tidur, letih!!!

Apa yang uniknya di Denizli ialah Pamukkale. Pamukkale merupakan gabungan dua perkataan iaitu Pamuk (Kapas) dan Kale (Istana), kita belajar bahasa Turki sikit ye. Apa yang Istana Kapasnya? Jom terjah.

Pamukkale

Pamukkale

Beginilah rupa bentuk muka buminya yang sangat unik. Cantik kan?

Pada hari aku sampai di Denizli (Pamukkale), pada hari yang sama jugak aku bergerak ke Selcuk. Jom kita tengok apa yang menarik di Selcuk.

Hadrian Gate

Hadrian Gate, Ephesus

Di Selcuk ni terletak sebuah kota lama, iaitu Ephesus dan di dalam kota purba tu lengkap dengan stadium dan juga Hadrian Gate. Gambar kat atas tu ialah library. Fuh zaman purba pun dah ada library memang mantop la depa ni…

Lepas Selcuk aku balik semula le Istanbul. Di Istanbul ni teramat banyak la tarikanya. Mana tak nya, saiz ISTANBUL 20 kali saiz KUALA LUMPUR, populasi Istanbul SAHAJA seramai 20 Juta orang. Kalau Malaysia baru 25 Juta, bayangkan betapa sesaknya Istanbul. Sempoi tak?

Di antara tarikan utama Istanbul ialah Masjid Biru dan Hagia sofia. Itu tarikan utama yang lain2 macam Istana Dolmabache, Spice Bazar, Grand Bazar, memang tak larat la nak list. Keunikan Istanbul pula, kat sana tak sampai 100 meter ada masjid, sana masjid sini masjid, masjid merata2 tempat, memang banyak yang tak terkata.

Ok setakat tu la… aku pun dah letak bawak hampa (anda semua) jalan2 kat Turki ni. Selamat berehat.

Regards,


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Posted in Turki | Tagged | Leave a comment

Kembara Turki

Salam kawan2, post pertama yang aku nak tulis pasal negara Turki. Mengapa negara Turki jadi pilihan aku? Kenapa tak negara lain? Ni aku nak bagi tau. Kalau korang semua nak tahu, negara Turki ni menyimpan banyak sejarah agung, dari Zaman Constantine ke Zaman Keemasa Turki Uthmaniyyah sehinggalah ke Zaman Kejatuhannya. Lagi cerita menarik sejarah Turki ni mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Tamadun Melayu Melaka. Menari tuh…

Pernah dengan kota Constantine tak? Kalau x pernah dengar meh aku nak cerita. Kota ni menjadi idaman, kononnya kalau dunia ni sebuah negara, dan Contantine pasti ibu negaranya. Hebat tak? Lagi keistimewaan kota ni, ialah Baginda Rasulullah s.a.w pernah menyebut nama kota Constantine dengan jelas “Qusantinyyah” dalam hadis banginda yang sangat agung ketika baginda menggali parit untuk perang Khandak.

Kota ini juga pernah dikunjungi oleh tokoh pengembara yang terkenal iaitu Ibnu Batutta. Kedatangan  beliau iaitu pada masa Constantine masih lagi dibawah penguasaan Maharaja Baizantine. Selepas beberapa ratus tahun selepas kedatanga Ibnu Batutta barulah Kota ini berjaya dibebaskan oleh Sultan Fateh (orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah) dan kemudian barulah kota ini ditukar nama menjadi Islambol (Islam keseluruhannya).

Semasa pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk, kebanyakkan masjid dijadikan muzium diantaranya Masjid Besar Hagia Sofia. Yang paling teruknya, baik2 Sultan Fateh bagi nama Islambol, suka2 hati ja dia tukar jadi Istanbul (ntah la apa maksud dia). Sejak dari tu kita kehilangan naungan Khalifah Islam. Dan kalau nak tahu siapa Khalifah Islam terakhir kena la baca lagi cerita2 yang aku akan sampaikan nanti. Selamat Membaca…


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Post Pertama.

Posted in Diari Kembara | Tagged | Leave a comment